Wednesday 27 March 2024

ASAM PEDAS SARDIN,SAYUR BROCCOLLI,AYAM POPCORN,PUDING KAK MEL & AIR TEMBIKAI BLACK BEUTY

Salam Ramdhan 1445 memasuki hari ke 16..

Lauk pauk untuk iftar semalam..15 Ramdhan..


Asam Pedas Ikan Kurung..ikan sardin mackerel tin🤭
Sebenarnya ni masakan recycle..
Semalamnya tu masak sambal sardin tauhu.Tauhunya habis..Ikan mackerel tu 3 ketul besar besar tu langsung tak berusik.Saya simpan dalam peti ais dan recycle masak pulak asam pedas...Pun masih berbaki seketul...Rasanya berakhir rezeki cik tong juga tu..Nak masak nasi goreng pun semua pakat taknak sahur berat.Pakat makan roti bakar berselang cereal + susu ja sepanjang puasa ni.



ASAM PEDAS SARDIN...
1 tin sedang sardin
5 batang bendi(kalau ada stok)
Saya ganti 2 biji buah tomato
 belah 4
1 sudu asam jawa + 2 mangkuk air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 tangkai daun kesum( kalau ada stok)
2 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting &rebus
1 bawang besar
2 bawang putih
2hiris lengkuas
1 batang serai
1 sudu belacan

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak..

2. Masukkan air asam jawa dan perisakan dengan garam & secubit gula.Biar mendidih

3. Masukkan bendi/ tomato dan sardin bersama sosnya..Masukkan juga daun kesum

4. Masak dengan api perlahan beberapa minit & sesuaikan rasa.


Sayur Broccoli dengan Cendawan.


SAYUR BROCCOLI DENGAN CENDAWAN
1 labu broccoli
10 cendawan shitake segar
2 cili kering
1 labu bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu teh tepung ubi
Minyak,gula,garam,air

1. Ceraikan broccoli ikut tangkainya.Rebus dalam air + sikit garam  hingga masak.Angkat dan susun dalam pingganRebua pula cendawan dan susun atas broccoli.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih yang didadu halus hingga keemasan.Ketepikan.

3. Tinggalkan minyak bawang dalam kuali anggaran 2 sudu.Masukkan cili kering  & tuangkan sos tiram dan ½ cawan air.Perisakan.
Pekatkan dengan bancuhan tepung ubi.

4. Siram kuah atas sayuran yang dah direbus...



Ayam popcorn goreng...sebagai ganti ayam goreng..hihihi


Tiga lauk iftar semalam..
Iftar tiga beranak..Anak jantan tu balik kerja awal berbuka kat rumah.
Cella juga habis kuliah terus balik iftar kat rumah..



Jus tembikai..
Saya guna ¼ buah tembikai Black Beuty...Sudah jatuh chenta sama tembikai black beuty ni...Warnanya merah cantik.



Puding. Koktel  Kuah Kastad...
Pemberian Kak Mel semalam..
Kak Mel kawan sekerja yang dah 2 tahun bersara ...

Tapi semalam Kak Mel bagi puding  ni.Ceritanya semalam  salah seorang rakan sekerja kami,Puan Isma yang tinggal kat Nilai...kematian suaminya secara mengejut..Dapat berita daripada group rasmi pukul 4.30 pagi.Kami semua familiar dengan suami Puan Isma sebab setiap hari beliau hantar dan jemput Puan Isma kat tempat kerja ni kwrana Puan Isma tidak pandai memandu.Menunggu Pn Isma dalam kereta atau kadang nampak kat pondok jaga.
Baru petang semalamnya nampak beliau jemput Pn Isma balik kerja...Waktu sahur dapat khabar dah tiada.
Menurut Pn Isma,lepas terawikh suaminya cakap panas & terus masuk bilik air...Tapi sehingga pukul 1 pagi tidak juga keluar.Dipanggil tidak menyahut tapi shower terpasang.Bila jenjiran datang pecahkan pintu ..rupanya dah arwah dengan masih berkain pelikat dan menurut doktor mungkin sudah meninggal 1 hingga 2 jam..
Al- Fatihah untuk En Mohd Sabri..


Saya bersama K.Mudz,Rini & K.Zam mohon kebenaran keluar awal untuk ziarah.Walaupun maklum,jenazah akan dikebumikan sebelum zohor ,namun kami tetap pergi sebagai tanda simpati dan memberi sokongan moral kepada Pn Isma.

Kak Mel ada call saya bertanya jika saya nak pergi ziarah,Kak Mel nak tumpang juga,Saya pick up Kal Mel kat rumahnya..Tu yang dapat puding ni.Bukan saya sorang ja dapat.Semua kami berempat dapat sorang sebungkus.Tq Kak Mel...


Tuesday 26 March 2024

SAMBAL TAUHU DENGAN SARDIN,AYAM GORENG,SAYUR SAWI KERITING & JUS TEMBIKAI

 Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 15 dah...Hanya tinggal kurang lebih 2 minggu sahaja lagi Ramadhan akan bersama kita.


Juadah iftar semalam...14 Ramadhan



Masak Sambal tauhu Bersama Sardin.
Antara lauk yang dah banyak kali saya masak sepanjang tahun ni tapi sekali pun belum pernah post..
Rasanya dah 5,6 kali dah masak & memang habis..kecuali sardin akan berakhir dengan jadi nasi goreng..hihihi
Lauk ni sedap sangat pada tekak saya..dengan syarat kena guna tauhu yang fresh.
Hari tu ada sekali masak kena tauhu yang ada sikit sahaja baunya pun terus spoil.
Saya jarang beli tauhu untuk masak sebagai lauk.Kalau beli kat pasar basah memang tauhu elok ja tapi hanya weekend ja la kan ada masa nak ke pasar.Kalau kat pasaraya dekat rumah saya ni tauhunya jenis lambak penuh dalam bekas berisi air...Saya tak lalu nak beli kat situ sebab memang selalu nampak ramai pelanggan dan pekerja juga yang dok basuh tangan dalam bekas rendaman tauhu tu..Geli la wei..!
Kalau tak nampak tu lain la..ni memang nampak lepas depa pegang ikan ayam bagai pastu pi celup tangan dalam bekas tauhu..adoiiii..
Beberapa kali kebelakangan ni kalau ke pasaraya dekat dengan tempat kerja,saya beli tauhu sebab depa dah pack siap siap 5 keping ..tiada lah kes basuh tangan kotor dalam air tahu tu...Yang kita tak nampak masa depa bungkus dan sediakn tauhu tu  lain kira la kan...hihihi


SAMBAL TAHU DENGAN SARDIN
1 tin sedang sardin mackerel
4 keping tahu keras- potong 4
1 asam keping
garam,gula,minyak

Naha blend:
5 cili merah
5 cili kering
1 bawang besar
3 nbawang putih

1. Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.Ketepikan

2. Tumis bahan blend hingga naik minyak.Tambah asam,garam,sedikit gula dan sardin bersama sosnya.

3. Masak hingga pecah minyak dan sesuaikan rasa.

* Saya lupa masukkan asam keping,jadi sebelum angkat saya perahkan limau kasturi


Sayur Kailan Kerinting .


Ni 1st time saya masak sayur kailan kerinting ni...
Asalnya saya ingatkan ni sayur 
" Sawi Kerinting" tapi bila Google Sawi Kerinting gambarnya lain sikit..
Saya guna google lens tengok rupanya ni " Kailan Kerinting,"  Pada tekak saya ianya agak keras.Batang pelepahnya saya buang.Hanya lurut ambil daunnya sahaja.Mungkin cara masak saya tak sesuai..hanya tumis bawang putih dan bilis halus..Mungkin kalau masak tumis ikan masin lagi sesuai kot..




Ayam goreng...4 ketoi ja...2 drumstick 2 wings
Tak cantik kejadiannya kerana saya kelar kelar nak bagi cepat masak


Jus Tembikai Black Beuty.
hari ru ak dah tanya ..." beli tembikai dak?"
Saya hanya blend isi tembikai bersama beberapa kiub ais...Tak campur air pun...
Tapi dalam gelas saya letak ais banyak banyak..



Sangat menyegarkan dengan haruman pudina memberi kesan sejuk dan berangin.

Monday 25 March 2024

IFTAR @ DAPOQ CIKGU STEAMBOAT& GRILL BUFFET

 Salam Ramadhan 1445 dah melewati hari ke 14..

Semalam 13 Ramdhan kami tiga beranak beriftar @ Dapoq Cikgu Steamboat & Grill Buffet.
Anak jantan tu balik kerja petang semalam nampak saya dok mengadap sauna oven mengukis,dia offer nak belanja iftar kat luar.Saya tak mau..Lagipun tempat kerja pun ada buat majlis iftar ...saya malas pula nak gi kali ni..
Selalunya setiap tahun saya akan join majlis berbuka puasa tempat kerja..
Tapi ni dah anak jantan tu dok beria juga nak belanja iftar  steamboat & grill...Katanya dia dah booking & bayar deposit untuk steamboat kat Jalan Ipoh..

Sekali masa nak keluat,dia kata tak jadi lat Jalan Ipoh tu .Dia dah tukar ke  Dapoq Cikgu @ Putrajaya pula...

Cella kata dia dah tengok review sini memang ok..

Ni antara seafood yang ada..(pic FB DCS)


Dedaging...

Antara pilihan sos 


Tapi sebab terlalu ramai buat tempahan semalam( agaknya sbb dah gaji kot🤭) kami dapat meja di luar restoran....(kaki lima rumah kedai)
Mulanya macam tak syok la dapat kat luar...Tapi bila dah waktu berbuka,eh macam lebih baik la dapat kat luar kot sebab tak perlu bersesak kat dalam...

Budak budak 2 beradik ni amik dedaging banyak banyak siap siap sebab malas nak bersesak ulang alik topup 



Sayur sengaja amik sikit


Cuma sos sos dia kurang pekat nak banding kat beberapa restoran steamboat yang pernah kami cuba..
Tapi tekak lain lain kan...ni pandangan saya..


Dessert pun sengaja tak tamak..amik sikit ja..
Dalam gelas tu puding mangga
Hijau tu kek kastad pandan..sebelahnya kek coklat & dalam mangkuk tu puding roti.



Jom menyeteam & menggrill..
Sebenarnya anak jantan tu cakap dia belanja makan steamboat sini sebab dia tak puas hati  semalamnya tu ( Hari Sabtu) dia & group motor  konvoi pi makan steamboat @ Banting..Depa hampir 300 orang booking steamboat & grill tapi bila sampai sana,tengok daging,ikan,seafood bagai dah siap dipanggang ala bbq oleh pekerja  restoran tu..depa yang sampai reramai ni hanya boleh ber  steambot sesayuran ja.....frust tak boleh nak grill sendiri,..tak puas hati la..

Datang dari jauh jauh KL hingga ke Banting..tapi gitu pulak jadinya..Tapi orang lelaki kan...depa malas nak panjang cerita...pakat terima saja seadanya.Kalau kita hat pompuan ni..sampai raya pun masih ungkit🤣



Tu yang dia ajak makan steamboat lagi semalam..Dia kata nak feel bakar bakar sendiri baru syok makan..Alhamdulillah ,rezeki saya & Cella la...hihihi..
Kami makan tak lama pun...sebab memasing belum solat maghrib..Dalam pukul 8.10 macam tu kami dah beransur mencari stesen minyak untuk solat.Mungkin situ pun ada surau tapi kami yang taktau.,.sebab biasanya tempat macam ni ada mini mussola nya kan..

Dipendekkan cerita..kami terus balik sebab anak jantan ru nak ke Bukit Jalil pulak.Ada cabutan bertuah untuk pembeli 
 pakaian CHOII.....manalah tahu untung nasib terpilih setelah berbelanja rartusan ringgit pagi semalamnya..Tapi menjelang tengah malam anak jantan tu balik tangan kosong...hehe
Belum rezeki dia..rezeki orang lain berjumlah keseluruhan RM10k katanya....Dia rezeki beli baju ja la...🤭


Untuk info lanjut mengenai tempat Dapoq Cikgu ni  dan menunya serta review  boleh rujuk KAT SINI....